Friday, 11 September 2009

Kumpulan Kasawari Menang

Kumpulan Kasawari telah memenangi tempat pertama dalam Petandingan Koir. Kumpulan ini menyanyikan lagu "Tanggal 31 Ogos". Paling penting "This is my group".

Sambutan Hari Kemerdekaan


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 Peringkat Sekolah Kebangsaan Rumah Gudang 2009. Antara aktiviti pada hari tersebut ialah pertandingan koir, deklamasi sajak dan pertunjukan pakaian tradisional. Cantik juga baju tradisional kaum Iban dan Orang Ulu. Uniknya Malaysia.

Tuesday, 5 May 2009

Melepak


Melepak kat salah satu pantai kat bandar Miri. Nama pantai tu tak ingat. Bukan senang nak pose bertenggek atas kayu tu. Dapatla tengok keindahan matahari terbenam Laut China Selatan.

Saturday, 18 April 2009

Sekolah Ku




Inilah Sekolah Kebangsaan Rumah Gudang, Baram, Miri, Sarawak. Sekolah pertama dipostingkan. Sekolah ni berdekatan dengan rumah panjang suku kaum Iban. Pernah mendapat Anugerah Sekolah Harapan Negara 2007 bagi kategori sekolah pedalaman. Murid-murid tak ramai cuma 73 orang saja. Kebanyakkannya terdiri daripada kaum Iban. Kawasannya memang luas dan dikelilingi oleh hutan-hutan yang menghijau. Baik untuk kesihatan mata. Tapi yang tak bestnya banyaklah serangga hutan selalu "parking" kat sini.

Friday, 17 April 2009

Banjir di Marudi

Banjir di pekan Marudi. Nak beli barang terpaksa redah air.


Tunggu Bot Express


Tengah tunggu bot express kat Kuala Baram nak ke Marudi. Ingatkan bas jer ada express, bot pun ada express juga. Apa2 pun, janji sampai tempat yang dituju dengan selamat. Perjalanan ambil masa antara 2 1/2 hingga 3 jam. Mati kutu duduk dalam bot tu nanti. Apa lagi membutalah jawapnya. Nak hilangkan rasa bosan. Harap2 nampak buayalah nanti. Baru teruja sikit. Nielah muka2 orang Semenanjung yang macam terpaksa jer datang kat sini. Terutama awek yang baju oren tu. Heee...heee...jangan mare yer.

Kawan2 kat IPKT 2008


Gambar ni kita orang ambil lepas makan sotong dan ikan celup tepung kat pantai Tok Jembal, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Sedap sehingga menjilat jari.