Wednesday, 4 November 2009

Perjalanan dari Miri ke Baram

Ni pula perjalanan kita orang dari bandar Miri nak balik ke Baram. Jalan ni lagi tragis antara hidup dan mati jer. Dah la jalan bukit, penghadang jalan pun tak der. Silap gaya boleh terjun kat bawah. Kalau setakat bawa kereta mati enjin tengah jalan tu tak yah berangan nak bawa kat jalan ni. Hanya orang2 yg dah pakar tentang jln ni je yang boleh. Jadi kepada sesiapa yang nak rasa satu pengembaraan yang mencabar. Welcome to Baram.

Perjalanan ke Sekolah

Ni lah jalan nak ke sekolah yang kita orang kena tempuhi setiap hari. Silap2 boleh sakit pinggang 2-3 hari bagi yang tak biasa. Ni kira ok lagi. Kalau hujan lebat lagi teruk. Bergoyang habis seluruh badan. Kesimpulannya tak yah la beli kereta yang bumpernya rendah. Alamat pecah la enjin kat bawah. Tayar pula, kalau boleh beli jer tayar traktor senang sikit nak bergerak.

Saturday, 31 October 2009

Unik nyer...

Unikkan? Anak padi boleh disemai di hadapan rumah sebelum dipindahkan ke sawah padi. Padi kat sini boleh ditanam tanpa memerlukan kawasan yang berair. Sawah padi pula diusahakan sepenuhnya dengan menggunakan tenaga manusia. Proses menuai padi pula masih menggunakan cara tradisional. Tak menggunakan jentera padi. Oleh sebab itu, padi hanya dapat ditanam setahun sekali. Pokok2 padi akan dituai sebelum tibanya Perayaan Gawai Dayak. "Gayu Guru Gerai Nyamai".

Tuesday, 27 October 2009

Gulai Daging Rusa


Malam ni merasa la makan daging rusa. Gaya persembahan dah dapat 5/10 tapi rasanya tak tahula. Almaklumlah tak pernah2 masak daging rusa tiba-tiba nak cuba masak. Dapatla juga kita orang makan daging kat sini. Lembu tak ada, rusa pun jadilah.

Saturday, 17 October 2009

Temasya Sukan Tahunan 2009



Temasya Sukan Tahunan SK Rumah Gudang pada 9-10 Oktober lepas. Walaupun dapat tempat ketiga keseluruhan tapi yang paling penting, perbarisan dapat tempat pertama. Khemah pulak macam khemah orang nak kahwin.heee.... "Fly Kasawari Fly".

Friday, 2 October 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Gambar berposing kat lemang tu sekadar lakonan semata-mata. Orang lain yang masak, orang lain pulak yang menyibuk kat situ. Action jer lebih. Lihatlah anak-anak muridku yang segak berbaju kurung dan berbaju Melayu teluk belanga walaupun kasut tu kurang sesuai.

Thursday, 1 October 2009

Mas Wing

Nie lah antara pengangkutan utama ke bandar Miri selain bot express dan hilux. Perjalanan dengan Mas Wing mengambil masa selama 15 minit jer. Kapal terbang ni cuma ada 19 tempat duduk. Gambar ni diambil masa tengah bersemangat nak balik raya hari tu. Maklumlah dah beberapa bulan tak balik kampung.