Malam ni merasa la makan daging rusa. Gaya persembahan dah dapat 5/10 tapi rasanya tak tahula. Almaklumlah tak pernah2 masak daging rusa tiba-tiba nak cuba masak. Dapatla juga kita orang makan daging kat sini. Lembu tak ada, rusa pun jadilah.
Temasya Sukan Tahunan SK Rumah Gudangpada 9-10 Oktober lepas. Walaupun dapat tempat ketiga keseluruhan tapi yang paling penting, perbarisan dapat tempat pertama. Khemah pulak macam khemah orang nak kahwin.heee.... "Fly Kasawari Fly".
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Gambar berposing kat lemang tu sekadar lakonan semata-mata. Orang lain yang masak, orang lain pulak yang menyibuk kat situ. Action jer lebih. Lihatlah anak-anak muridku yang segak berbaju kurung dan berbaju Melayu teluk belanga walaupun kasut tu kurang sesuai.
Nie lah antara pengangkutan utama ke bandar Miri selain bot express dan hilux. Perjalanan dengan Mas Wing mengambil masa selama 15 minit jer. Kapal terbang ni cuma ada 19 tempat duduk. Gambar ni diambil masa tengah bersemangat nak balik raya hari tu. Maklumlah dah beberapa bulan tak balik kampung.
Kumpulan Kasawaritelah memenangi tempat pertama dalam Petandingan Koir. Kumpulan ini menyanyikan lagu "Tanggal 31 Ogos".Paling penting "This is my group".
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 Peringkat Sekolah Kebangsaan Rumah Gudang 2009. Antara aktiviti pada hari tersebut ialah pertandingan koir, deklamasi sajak dan pertunjukan pakaian tradisional. Cantik juga baju tradisional kaum Iban dan Orang Ulu. Uniknya Malaysia.
Melepak kat salah satu pantai kat bandar Miri. Nama pantai tu tak ingat. Bukan senang nak pose bertenggek atas kayu tu. Dapatla tengok keindahan matahari terbenam Laut China Selatan.